Tips keselamatan Si Comel anda..
2 Tips Keselamatan Bayi Untuk Ibu Bapa
Ibu bapa sentiasa memastikan keselamatan terjaga anak mereka sepanjang masa. Bagi meraka, keselamatan anak-anak ialah satu keutamaan kerana itulah harta paling berharga mereka. Mereka juga ingin menjadi ibu bapa yang terbaik ke atas amanah yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka. Selain itu, menjadi satu tanggungjawab buat mereka untuk memastikan anak-anak mereka membesar dengan baik.
Di kesempatan ini saya ingin berkonsi dengan ibu bapa tentang tips memastikan keselamatan bayi anda sentiasa terjamin. Perhatian 110% harus diberikan untuk memastikan bayi anda sentiasa selamat. Perkara-perkara yang boleh membawa kemudharatan kepada bayi hendaklah kita hindarkan.
Tips #1: Keselamatan bayi di dalam kereta
Sediakan tempat duduk khas untuk bayi anda di tempat duduk penumpang bahagian belakang. Pilihlah tempat duduk khas yang sesuai dengan umur bayi anda. Pastikan tali keledar di tempat duduk khas dikemaskan dan dipasang pada bayi anda. Pada awalnya, mungkin bayi anda akan meragam apabila diletakkan di belakang. Buat ibu bapa, bersabarlah seketika demi keselamatan bayi anda.
Kebiasaan masyarakat kita, si ibu akan menggendong bayi mereka sementara si bapa sedang memandu. Perkara ini sebenarnya juga berbahaya kepada bayi. Hal ini kerana jika berlakunya kemalangan, pelukan ibu pada si bayi tidak dapat memastikan bayi itu selamat dan tidak terlepas dari pelukan.
Selain itu, jangan sesekali memandu sambil menggendong bayi anda. Amalan yang salah ini boleh membahayakan bayi anda dan juga nyawa anda. Anda juga boleh disaman sekiranya perbuatan anda ini disedari oleh pihak polis trafik.
Buat para bapa, pastikan kenderaan yang membawa anak anda sentiasa selamat. Pastikan air-cond berfungsi, tayar dan suspension berada pada tahap yang baik. Ibu bapa juga hendaklah memnadu mematuhi peraturan jalan raya terutamanya peraturan had laju. Ingatlah keselamatan bayi anda ketika hendak memecut di jalan raya.
Tips #2: Keselamatan bayi di rumah
Semasa bayi anda sedang belajar merangkak, lepaskanlah bayi anda dari katil penghadang dan berikanlah mereka ruang untuk merangkak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian dan mengawasi pergerakan bayi anda. Kelekaan anda sesaat dua mungkin boleh membahayakan bayi anda.
Semasa bayi anda sedang merangkak, pastikan binatang peliharaan seperti kucing diletakkan di luar rumah. Ditakuti bulu kucing akan membuat anak anda selsema. Harus diingat, semasa waktu ini, sistem imunisasi anak anda masih lagi ditahap rendah dan masih lagi dalam perkembangan. Jagalah anak anda sebaiknya pada waktu ini dan elakkan mereka daripada terkena sebarang penyakit.
Selain itu, pastikan anak anda yang lain yang sedang membesar juga tidak berlari dan bermain dikawasan tersebut. Ditakuti perbuatan mereka akan mencederakan adik mereka yang sedang merangkak. Mereka mungkin akan terpijak atau terlanggar adik mereka semasa bermain. Perkara seperti ini hendaklah dielakkan daripada berlaku.
Keselamatan bayi anda yang sedang membesar hendaklah dititikberatkan agar mereka dapat membesar dengan baik. Anak-anak adalah amanah buat ibu bapa. Peganglah dan jalankanlah amanah yang diberi sebaik mungkin. Anda adalah ibu bapa yang terpilih untuk menjalankan amanah Sang Pencipta. Buatlah sehabis baik kerana setiap yang kita lakukan akan ditanya kelak.
Comments
Post a Comment