bantu lah mereka...

Hujan lebat di Putrajaya.
Kawan-kawan saya bercerita, bayi kecil terpaksa dimandikan dengan air hujan di Manek Urai.
Sedih...
Melihat hujan lebat, saya hanya kena tempias. Berbumbubgkan pondok makan di sini, masih beruntung kerana tidak basah kuyup dan masih ada pakaian kering dan bersih untuk dipakai.

Allahumm Soyyibun Nafi'a...
Ya Allah, ku mohon hujan ini bermanfaat untuk kami semua.
Rezekikanlah kami menjadi hamba yg bersyukur dan suka memberi.

Team Persatuan Ulama Msia akan bergerak pada 9hb nanti. Kepada yg mahu menanam pohon jariah, bolehlah hubungi Ustaz Mohd Fakaruddeen Che Omar.

Saya sendiri tolong kumpulkan set pakaian ibadah. Sehelai telekung dewasa, kain batik dan kain pelekat dan sehelai sejadah dibungkus untuk 1 keluarga. Sumbangan ini daripada sahabat-sahabat yg mahu menuai hasilnya di akhirat nanti.

Bergembiralah wahai mangsa banjir. Allah sedang membuka pintu rahmat buat mereka yg sabar. Syurga membuka pintunya kepada kita yg redha. Bergembiralah wahai penyumbang tenaga dan harta, Allah sedang membuka peluang kenikmatan di akhirat sana.






copy dari fb ustazah shadiya abbas..

Comments

Popular Posts