Khasiat tembikai susu (honey dew)
ASSALAMUALAIKUM,
Hai dear, hari ni cik una nak share sedikit tentang khasiat honey dew, kalau kat malaysia ni, orang kita lebih senang dan mudah panggil tembikai susu. Dalam produk dadih cik una, antara salah satu perisa yang ada , adalah tembikai susu. yang mana cik una akan blend dulu ,ambil pati dan seratnya,,campur dengan dadih.. sedap...
so.. setiap buah tempatan yang ada di Malaysia ni, ada perlbagai khasiatnya tersendiri, jadi artikel di bawah ni,cik una share dengan pembaca semua sebagai ilmu tambahan untuk mengekalkan kesihatan dari pemakanan kita... tq.
Tembikai Susu atau honeydew merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Afrika Tengah. Ia berwarna putih dan manis. Buahnya berongga dan mempunyai banyak biji di dalamnya. Pokoknya menjalar seperti tembikai.
Terdapat sekurang-kurangnya 2 jenis utama tembikai sus, yang bewarna kuning pucat dan kuning. Buahnya berat dan banyak kandungan air. Isinya berbau harum dan amat manis apabila betul-betul masak. Tembikai susu yang di blend dengan susu adalah minuman kesukaan kita. Sedap sangat. Pada sapa yang tak pernah cuba, you all should. Guarantee sedap!!!
Selain daripada rasanya yang sedap, tembikai susu ni juga mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan. Antaranya seperti berikut:
Khasiat Tembikai Susu
Selain daripada rasanya yang sedap, tembikai susu ni juga mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan. Antaranya seperti berikut:
1. Baik Untuk Kulit
Tembikai susu kaya dengan Vitamin A, B Komplek dan C yang menjadikan ia makanan paling sesuai untuk menjaga kesihatan kulit dan saraf. Amalan memakan tembikai susu pada setiap hari akan menghasilkan kulit yang bersih dan sihat.
2. Menghindarkan Barah
Kajian menunjukkan tembikai susu mengandungi carotenoid, salah satu daripada zat-zat makanan yang boleh menghindarkan barah. Pengambilan tembikai susu dapat memberi perlindungan daripada barah tujuh kali lebih baik daripada pemakanan yang yang mengandungi kandungan karotena yang rendah.
3. Menurunkan Berat Badan
Bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, tembikai susu adalah antara makanan yang sesuai diamalkan pada setiap hari kerana ia mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi manakala kalorinya rendah.
4. Mengawal Tekanan Darah
Tembikai susu adalah sangat berkesan untuk menangani masalah darah tinggi kerana
5. Merawat Penyakit Hepatatis
Tembikai susu adalah antara ramuan utama yang sangat popular dalam dunia perubatan Cina untuk merawat penyakit hepatitis.
Salam
ReplyDelete