RESEPI KEK COKLAT ANIS CHOCOLATE MOIST

Coklat ? sebut saja coklat, pasti ada yang terbayang keenakannya..Makan sehingga menjilat jari..
Bila sebut kek coklat, cik una sentiasa terbayang kek coklat k.anis, mentor cik una yang comel dan baik hati tu..

Baik hati? ya, tak pernah menghampakan sesiapa yang minta resepi kek ciklat dari beliau..
So cik una pun nak share dengan semua..


KEK COKLAT MOIST ANIS
Bahan A
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 biji telur

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C ( Topping )

1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat

Cara-caranya :

Masak bahan A(kecuali telur) dengan api sederhana ( masak sehingga gula larut dalam air). 2 biji telur dipukul sekali dan masak sekali dengan bahan A. Akhir sekali masukkan bahan-bahan B dan masak bersama. Siap untuk di kukus atau di bakar.
#kek 1 kilo akan masak dalam 20-30 minit samada bakar@kukus.

Cara-cara membuat topping :

Panaskan minyak masak dan masukkan serbuk koko dan susu pekat kemudian kacau. ( sekiranya pekat sangat boleh masukkan sedikit full cream @ kurangkan serbuk koko. Siap untuk di topping..


tak leh kongsi, sorang satu baru puas makan heh..


Comments

Popular Posts