sarapan dengan buah boleh lansing dan sihat ?
petikan Harian Metro 16 Sept 14
Teringat pesanan orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, jangan abaikan sarapan. Walaupun ia hanya sekadar petua, cik una akui sejak zaman persekolahan sarapan wajib diambil sebelum ke sekolah kerana khasiatnya bukan saja untuk fizikal tetapi mental.
Malah pakar pemakanan turut mempunyai pendapat yang sama mengenai kebaikan mengambil sarapan. Malangnya, ramai meninggalkan hidangan pagi ini dengan alasan tidak berselera, tidak sempat makan kerana bangun lambat dan ingin berdiet.
buah-buahan tempatan
Jenis sarapan untuk serat tinggi atau karbohidrat kompleks yang patut diambil termasuk gandum, DADIH dan bijirin manakala sumber protein terbaik seperti putih telur, ayam, tuna, susu rendah lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya.
dadih layer..
bukan tudung je yang ada layer skarang ni..
Kenapa ???
* Di antara pukul 7-11 pagi, badan kita sedang aktif melakukan penyahtoksikan. Oleh itu, jika makan buah-buahan pada waktu ini, ia tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk penghadaman, dengan itu tenaga yang ada dapat digunakan untuk penyaktoksikan badan dan bukan dibazirkan untuk menghadamkan makanan berlemak tinggi jika diambil semasa sarapan.
* Makan buah-buahan semasa sarapan pagi adalah cara yang baik untuk “berbuka” setelah semalaman perut berpuasa kerana buah-buahan tidak memberi tekanan yang mengejut kepada sistem penghadaman dan metabolisme badan, berbanding jika perut menerima makanan berat yang berlemak semasa sarapan.
roti canai
* Buah-buahan mengandungi fiber yang boleh mencuci kolon (usus besar), dengan itu memudahkan membuang air besar pada waktu pagi. Ini akan menyebabkan badan terasa segar dan ringan.
* Jika makan buah-buahan dengan cukup untuk sarapan pagi, kita tidak perlu minum kopi kerana gula semulajadi yang terkandung dalam buah-bu
ahan sudah cukup untuk memberi tenaga dan otak yang cerdas.
* Orang yang mengamalkan makan buah-buahan untuk sarapan pagi biasanya mempunyai badan yang langsing, slim, sihat dan lebih produktif sepanjang hari.
buah terbaik untuk diet
jom sama-sama kita ke arah hidup yang lebih sihat..
Comments
Post a Comment