hujan yang turun bagaikan mutiara...
Alhamdulillah, hari ini Bangi redup disimbahi hujan rahmat..Sejuk dan nyaman terasa..
hujan
"Cuaca tak menentu..cuaca buruk je akhir-akhir ini ye..."
Masalahnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk??
Ramai di antara kita mengeluh ketika hujan..
- Ishh, camna la nak kering baju kalau asyik hujan je..dah la baru basuh..
- Laa, hujan lagi..camna nak keluar ni..
- Kalau hujan je tiap hari, susah la camni..
- Susah la kalo hujan je,
- Hujan pulak..tak boleh balik lagi..
Alangkah indahnya jika ngomelan itu digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
let's doa
Hakikatnya, hujan itu adalah rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ."
(Al-A'raf : 57)
Terlalu banyak manfaat hujan. Antaranya :
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?"
Macam pernah ku dengar ayat camtu kan ? Sangat sinonim sungguh hujan dengan suasana muram yang tak best. Kesian hujan jadi mangsa.
Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, adalah saat ketika DOA sangat mustajab.
Sekarang ini, hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk DOA menjadi mustajab.
Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah"
(al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."
(Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya,ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya."
(al-Hijr : 22)
Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."
(Surah Hud : 123)
Comments
Post a Comment