suhu anak tinggi ?? nak buat camna ni ????
Sekarang ini suhu tidak menentu. Kadangkala hujan, kadangkala panas berdonting. Suhu persekitaran memang mempengaruhi kita, tak terkecuali anak-anak kecil.
Berikut saya kongsikan bagaimana cara saya turunkan suhu anak ketika demam:
Selamat mengamalkannya..
with luv,
cik una
Berikut saya kongsikan bagaimana cara saya turunkan suhu anak ketika demam:
1. Jangan Guna Ais / Air Batu / Air Sejuk
Sentiasa jelung atau basahkan kepala anak dengan air suam, BUKAN dengan ais atau air sejuk biasa. Cara ini saya belajar dari Dr Najimu Al-Farid Najimuddin, seorang pakar kanak-kanak di Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS).
Katanya, apabila menggunakan air suam, liang-liang kulit akan terbuka untuk mengeluarkan haba demam. Sekiranya menggunakan ais, liang-liang kulit akan semakin tertutup menyebabkan haba sukar untuk keluar dari tubuh badan.
Basahkan juga menggunakan air suam di celah-celah lipatan seperti ketiak dan peha. Suhu badan akan dapat diturunkan dengan lebih cepat.
Dalam keadaan tertentu, anda juga boleh gunakan cool fever sebagai alternatif, terutama jika keadaan basah menyulitkan keadaan. Apa pun, air suam original atau tuala basah dengan air suam adalah yang paling baik.
2. Mulakan Pemantauan Suhu Badan Anak
Sentiasa pantau suhu badan anak setiap 4 jam sekali menggunakan thermometer.
Elakkan mengagak dengan tangan kerana tangan beradaptasi dengan suhu sekeliling. Jika suhu sekeliling panas, maka anda akan rasa suhu badan anak anda sejuk manakala jika suhu sekeliling sejuk, anda akan rasa suhu badan anak anda panas.
Jika menggunakan thermometer, bacaan kadangkala tidak seperti yang anda rasa dengan tangan, ia jauh lebih tepat dan konsisten.
Bagi mengatasi kesukaran memeriksa suhu badan anak yang biasanya merengek dan meragam kerana ketidakselesaan demam, gunakan thermometer satu saat.
Harga thermometer satu saat kini pun tidaklah semahal dulu. Saya gunakan Multi-Functional Talking Ear & Forehead Thermometer dari Little Bean yang saya beli di Moms Basic KT.
Dengan thermometer tersebut saya hanya perlu letakkan satu saat sahaja thermometer tersebut di telinga atau dahi anak untuk dapatkan result yang konsisten.
Thermometer bermuncung besi biasa di pasaran akan mengambil masa yang agak lama, sukar untuk dapatkan bacaan konsisten dengan keadaan anak-anak yang tidak selesa dan menangis-nangis.
3. Tanggalkan Pakaian Anak
Tanggalkan baju dan seluar anak. Tujuannya supaya pengaliran udara dapat berfungsi dengan baik, sangat membantu dalam menurunkan suhu badan anak.
Bagi bayi, cukup mengenakan cloth diapers sahaja. Jangan sesekali membungkus atau mengenakan pakaian tebal, kononnya bertujuan membuatkan si kecil berpeluh sekaligus menurunkan suhu badan.
Cara membungkus adalah lebih berisiko kerana tubuh kanak-kanak yang demam adalah sukar mengeluarkan peluh.
Pada sebelah malam pun sama. Sekiranya dirasakan perlu, pakaikan baju dari jenis kain kapas yang nipis sahaja.
4. Guna Paracetamol Suppository (Supp)
Masukkan supp melalui punggung anak setiap 6 jam sekiranya suhu mula mencecah 39°c. Supp disyorkan untuk anak-anak yang tidak dapat menelan ubat demam jenis syrup.
Untuk dosej supp, sila rujuk kepada doktor atau farmasis dengan menyatakan berat badan anak.
Saya biasanya menggunakan supp pada waktu tengah malam, hanya jika suhu badan anak mencecah 39°c sahaja. Pendek kata, guna bila perlu sahaja.
Adakan stok supp hanya sebagai standby unit, bimbang kalau-kalau suhu badan anak meningkat mendadak pada sebelah malam.
5. Kerapkan Menyusu
Ada kalanya anak langsung tidak mahu makan. Bila disuapkan bubur atau makanan lain terus dikehek keluar dari mulutnya. Anak tak lalu makan, tidak berselera.
Jadi sepanjang demam, susu ibu sahajalah makanannya. Oleh itu, saya memerlukan nutrisi yang cukup untuk membekalkan susu yang berkualiti kepada anak di saat dia demam, batuk dan selesema.
5. Elakkan Drugs
Sebolehnya saya tidak mahu ada sebarang drugs dalam tubuh anak-anak saya termasuklah paracetamol.
Oleh itu, sebagai altenatif menurunkan suhu badan anak, saya bagi anak-anak saya Nutriferon setiap kali demam, batuk dan selesema.
Alhamdulillah setakat ini, demam, batuk dan selesema anak-anak saya masih dalam keadaan terkawal dan cepat pulih tanpa diberikan ubat-ubatan dari drugs.
Bukan bermakna saya menolak hospital, cuma selagi boleh elak, saya akan cuba elak dan lebihkan kepada vitamin untuk kanak-kanak.
6. Amalkan Minum Air Zam Zam
Air zam zam adalah penawar universal, termasuk menurunkan suhu badan anak yang sedang demam.
Saya sentiasa beri anak-anak minum air zam zam. Dalam rumah saya memang tidak terputus bekalan air zam zam, sepanjang masa berada di rumah.
Dengan amalan-amalan di atas, biasanya demam anak tak lama. Saya rasa anda juga akan rasai pengalaman ini. Dengan izin Allah s.w.t keesokan harinya anda akan dapati demam anak anda telah pulih sepenuhnya, insya-Allah.
Selamat mengamalkannya..
with luv,
cik una
Comments
Post a Comment