susah nak kejutkan anak dari tidur ?
Membangunkan anak di pagi hari biasa nya sangat rumit dan jarang berjaya malah membuatkan anak mengamuk akibat diganggu tidurnya..
Cik una nak kongsi tips untuk bangunkan anak..
sang puteri yang lena diulit mimpi
Kenali kebiasaan tidur anak
Anak yang susah untuk dibangunkan di pagi hari ada kemungkinan ia juga mengalami susah tidur di malam harinya. Jika benar, usahakan agar ia tidak makan malam berlebihan, atau minum minuman berkafein, seperti minuman bersoda, di malam hari.
Pastikan anak tidur nyenyak
Jika anak tidak mengalami kesulitan untuk tidur, mungkin ia memerlukan waktu tidur tambahan. Mungkin anak Anda boleh bangun tidur dengan mudah jika Anda menambahkan waktu tidur sekitar 30 minit. Tapi, tiap anak berbeza. Ada beberapa anak yang boleh bangun pagi jika ibu bapa meminta mereka untuk tidur awal.
Bisikkan salam dan nama
Beri salam dan sebut nama anak dengan perlahan dan berulang kali. Anak anda biasanya kenal dengan suara ibu bapa dan sudah tahu namanya sendiri.
Cuba kaedah yang berbeza
Ada juga anak yang mudah terjaga ketika kita membuka lampu. Tapi, sebagian anak lainnya perlu dikejutkan dengan usapan atau sediki gerakan di tubuhnya. Ada juga anak yang terjaga kala mendengar bunyi jam penggera. kenali cara anak anda.
Siapkan sarapan
Mungkin dengan aroma susu coklat panas atau nasi goreng kegemarannya boleh membuatkan anak anda terjaga. Atau apa sahaja sarapan kegemarannya. Aroma kesukaannya itu boleh membuatkan anak anda dengan sendirinya.
Jadikan tanggung jawab
Dengan kesabaran yang tinggi, nasihatkan anak anda supaya bangun dengan sendiri dan tidak bergantung dengan jam penggera atau orang lain. Mulakan dari sekarang supaya menjadi kebiasaannya untuk bangun sendiri di awal pagi.
Selamat Mencuba..
With luv,
cik una
Comments
Post a Comment