25 Tips Kuruskan Badan Cara Kevin Zahri...Part 3
21-25:
Suplemen dan makanan tambahan
Jika digabungkan dengan
diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu
mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak
tertipu dengan gambar sebelum dan
selepas.
1.
Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh
mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik.
Mustahil.
2.
Adakah pembakar lemak
berkesan? Secara
teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda
melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori
berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya,
jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
3.
Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui
makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
4.
Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan.
Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh
disimpan di pejabat mahupun di rumah.
5.
Dapatkan suplemn
multivitamin yang baik. Kekurangan
micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda
mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya
hidup anda yang unik.
6.
Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat
memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan
saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen
mana-mana.
selamat mencuba..
with luv,
cik una
Comments
Post a Comment